Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demumu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
seperti lirik di atas, guru gigih berusaha mendidik, membentuk bangsa demi masa depan negara, x kenal erti lelah, tak kira masa sanggup menabur jasa. terharu oleh ketekunan guru2 yang sanggup mengadakan kelas2 tambahan tanpa mengambil sebarang bayaran demi memberi ilmu yang lebih untuk melihat anak2 muridnya berjaya. jikalau guru sanggup memberi dengan ikhlas, kita haruslah menerima dengan dada yang lapang. bukakan mata dan telinga, catatkan segala kata2 dan nota.,.jangan pernah kita guris hati mereka, krn keberkatan dlm pembelajaran dan kehidupan bergantung kpd hubungan kita kpd guru. dan jangan sesekali kita melupakan hubungan kepada Allah yang maha esa. Guru, tak pernah ku lupa jasamu mendidikku dari kecil sehingga dewasa, walaupun guru silih berganti, namun mereka tetap guruku. tiada istilah 'bekas guru' bagiku kerana mereka adalah guruku selamanya.,Ku tau diri ini telah banyak membuat salah, mungkin juga telah mengguris perasaanmu, namun itu hanyalah dugaan kita bersama, dugaan menghadapi kesabaran dan sifat keampunan kita masing-masing.Aku tidak lari drpd kerenah sebagai seorang pelajar, tak siap kerja rumah, tak bawa kerja skolah,membuat bising, dan hasil kerja yg x ori..haha (ala..rilek la ckgu..biase tuu..ckgu pn pnah wat jugak dulu kann? hehe~). namun tanggungjawab ku sebagai seorang pelajar tak pernah ku lupakan. belajar dan terus belajar sehingga berjaya. bak kata pepatah, menuntut ilmu biarlah smpai ke negeri china (tp aku xnk g china..aku nk g korea..haha~).,justeru, ku ucapkan TAHNIAH kepada semua guru yang tak pernah mengalah dalam melayan kerenah2 anak2 muridnya, TERIMA KASIH kerana sanggup menabur jasamu, membentuk insan baru, dan MINTA MAAF atas segala kesilapanku.
tak lupa juga selamat hari guru kepada ibu bapaku. ibu bapaku adlh guru yg THE BEST bg ku, knp? mreka lah yg mngajarku 'belajar mlalui pglmn zeeha', mjdkn ku memandang lebih positif dlm stiap pkara yg tjadi, 'stiap yg blaku ade hikmahnye, jgn nmpk yg negatif, amek yg postif dan jdkan iktibar utk dri sdri', mjdkn ku seorg yg lbeh bdikari, 'ni tolong umi basuh pinggan ke, kemas umah kee...'..'yes m'am'(bunyi mcm tpksa je x?), mngajarku pengalaman2 kehidupan.umi,abi, tanpamu, takkan ku kenal erti dunia, takkan ku berjaya menutur kata2,takkan ku berjaya mengukir abjad2, takkan ku berjaya sehingga ke pringkat ini,. TERIMA KASIH!
uh-oh, dan juga kpd rakan2ku yg pernah mengajarku tak kire la, math ke, chem ke...terima kasih rakan2ku!! orang kate tak kira sape yg pernah mengajar drimu wlaupn sdikit, mreka adlh guru. so..terima kasih kpd sesiapa yg pernah mengajar driku ini scara formal atau tidak.,
TERIMA KASIH CIKGU!!!